
nurwanie000422
4 tahun
Keluar darah selepas 4 hari habis haid
Saya berumur 21 , saya belum berkahwin . Saya period pada 9/1 habis pada 15/1 selama 7 hari .tetapi selepas 4 hari keluar darah merah cair , dan kadang2 keluar darah pekat . Dah 3hari keluar benda yang sama . Kenapa ya doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar darah setelah tempoh haid. Untuk makluman anda, secara umumnya, pendarahan tersebut masih dikira sebagai darah haid. Apabila bilangan hari haid tidak tetap, hal ini dinamakan sebagai haid yang tidak teratur. Masalah ini sebenarnya adalah perkara yang sering dialami oleh wanita dewasa muda. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Ianya berkemungkinan disebabkan daripada perkara yang tidak serius dan juga serius seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda adapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, sekiranya gejala/masalah tersebut berlarutan dan mengganggu anda, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!