
Sulit
4 tahun
Keluar darah selepas berbasikal
sy wanita berumur 21 tahun,belum berkahwin,sy perasan stiap kali sy berbasikal mesti sy mesti akn bleeding,doc mmg mngesahkan sy mngalmi period yg tak teratur disbbkn hormon,doc juga telah mmbuat usg kat rahim sy,dia kata rahim saya okey.darah sya kluar balik selepas hari ke 14,sedangkan sebelum tu sy dah suci tiada darah,sy perasan stiap kali berbasikal mesti akan kluar darah,darah sy jenis harini keluar,esok tak dah, lepas dua hari kluar balik sikit2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut untuk mengetahui masalah yang anda sedang alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid tidak teratur, seperti:
- Endometriosis atau adenomyosis
- Polip rahim
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Masalah kelenjar tiroid dan pituitari
- Penggunaan pil perancang
- Stres dan tekanan
- Ketidakseimbangan hormon
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanya pandangan kami mengalami masalah sedemikian. Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut bersama doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.