syazana44
4 tahun
Keluar darah selepas seminggu habis haid
Hai dr semalam saya ada tanya dr then dr dah jawapan pda soalan saya tapi saya ingin bertanya lagi dengan lebih terang sebab saya keliru…
Last month saya tak datang haid then this month first july saya datang haid tetapi 5hari saja then saya bersama suami saya 2hari selepas habis haid tetapi lepas seminggu habis haid ada keluar darah semalam dr dah bagi saya jawapan pada soalan saya…tetapi kenapa tadi pagi keluar darah lagi then stop tgh hari keluar darah berwarna coklat sikit then stop lagi, ptg keluar darah sikit lagi…adakah patut saya berjumpa doktor sbb saya risau
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan puan, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah haid tidak teratur dan spotting (pendarahan antara haid) yang sedang dialami walaupun telah mendapat penerangan doktor. Kami akan cuba membantu anda.
Terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya adalah:
- Masalah hormon yang tidak stabil disebabkan oleh pelbagai perkara, seperti masalah berat badan, emosi/tekanan, terlalu banyak bersenam atau masalah pemakanan.
- Kesan sampingan ubat perancang kehamilan
Sesetengah punca haid tidak teratur adalah lebih serius, seperti:
- Masalah hormon tiroid
- Masalah keradangan pelvis
- Sindrom Polysistik Ovari
Oleh itu, puan amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut memandangkan puan berasa keliru dan risau.
Kami berharap ini dapat membantu puan.
Terima kasih.