
Sulit
4 tahun
Keluar darah seperti haid selepas ambil postinor 2
Selepas beberapa hari saya ambil postinor 2, keluar darah seperti haid dalam kuantiti yang sedikit (dah masuk 8hari) sedangkan period biasa saya hanya 6/7hari sahaja… adakah ini normal atau saya perlu ke klinik/hospital untuk dapatkan rawatan selanjutnya?
Saya baru habis haid beberapa hari sebelum saya ambil postinor 2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pendarahan selepas mengambil postinor.
Untuk makluman anda, postinor mengandungi hormon progesteron yang tinggi bagi menghalang kehamilan berlaku. Sekiranya postinor diambil secara kerap, terdapat beberapa kesan sampingan yang biasanya berlaku seperti :
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Haid tidak teratur
- Pendarahan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Memang biasa terjadi kepada wanita yang mengambil postinor, kitaran haid mereka kan terganggu. Ia merupakan salah satu kesan sampingan pil tersebut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun sekiranya pendarahan yang anda alami berterusan dan dalam kuantiti yang banyak, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.