
Sulit
5 tahun
Keluar flek berwarna coklat
Saya wanita umur 26. Sekarang saya pregnant 13minggu. Hari ini genap 7hari keluar flek berwarna coklat. Tapi saya tidak merasakan sakit di bahagian perut. Saya sudah berjumpa doktor, dan doktor mengesahkan kandungan kosong dan kandungan macam mahu gugur, cuma belum ada jalan. Sampi sekrang saya belum rasakan sakit perut tetapi tanda2 pregnant seperti berkurang. Apa yg perlu saya buat doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, flek coklat boleh perdarahan diawal usia kehamilan (<22 minggu) yang boleh terjadi disebabkan pelbagai hal. Antaranya adalah:
- keguguran
- ectopic pregnancy
- molar pregnancy
Sebaiknya puan segera melakukan kunjungan ke doktor anda sekiranya pendarahan terjadi, terutama di awal usia kehamilan kerana dikhuatiri terjadinya hal-hal diatas. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan bimbingan tentang rawatan yang sesuai untuk kondisi anda.
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda juga disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.