
wina21523
5 tahun
Keluar keputihan coklat
Saya baru pregnant dlm 6 weeks, normal ke Ade keluar keputihan mcm colour coklat? Ini baru terjadi Dan pinggang saya berasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyebab yang paling sering adalah kerengsaan. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke seluruh tubuh semasa kehamilan menjadikan serviks lebih sensitif, dan hubungan seksual atau ujian pelvik dapat memperburuknya. Hal ini boleh menyebabkan sedikit keputihan coklat.
Jika masalah anda berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.