
Sulit
4 tahun
Keluar Keputihan disertai darah Dan flek coklat Dari vagina seminggu selepas period
Saya umur 22 tahun, tak pernah berkahwin Dan berhubungan intim. Keluar cairan keputihan di sertai darah Kadang keluar cairan keputihan berwarna cokelat mcm benang daripada vagina, selalu keluar setelah seminggu period selesai. Kenapa ya dokter, Saya sangat risau. Akan jadi keluar cairan ini dalam 7-9 Hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami dan atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, anda mengalami masalah spotting di mana terdapat darah yang keluar di antara kitaran haid anda selepas aliran haid tamat.
Terdapat beberapa perkara mengapa seorang wanita boleh mendapat spotting selain daripada hamil:
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Struktur anatomi rahim yang tidak normal
- Ubat-ubatan seperti ubat cair darah (warfarin)
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Kanser rahim atau serviks
Bagi masalah keputihan pula, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin (Sexually transmitted infection/STI)
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan (klik di sini untuk mengetahui punca keputihan)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Berikut merupakan antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan keputihan:
- Menjaga kebersihan faraj dan jangan gunakan pencuci yang boleh mengganggu kestabilan pH faraj
- Amalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa menukar tuala wanita/pad semasa haid
- Elakkan mengambil antibiotik atau ubat tanpa pengawasan doktor
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda disarankan untuk berjumpa doktor supaya dapat mengetahui punya sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.