miss.iman96
3 tahun
Keluar ketulan daging semasa pendarahan selepas keguguran
saya perempuan berumur 25 tahun. Saya baru sahaja mengalami keguguran melalui c&d pada 3 minggu lepas di usia kandungan 10 minggu 4 hari. Sehingga kini saya masih mengalami pendarahan. Sudah beberapa kali, ketulan daging seperti hati ayam keluar dari faraj. Apakah itu? Adakah itu normal? Dan apakah yang harus saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keguguran boleh menyebabkan pendarahan serta ketulan daging keluar daripada rahim wanita. Jika anda mengalami pendarahan yang berlebihan, kesukaran bernafas, sakit pada rahim, lendir berbau keluar daripada faraj, demam, anda harus mendapatkan rawatan secepat mumgkin.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.