
Sulit
5 tahun
Keluar Lendir Coklat Ketika Kencing
Dr, saya wanita berusia 29 tahun. Period saya lewat 14 hari. Minggu lepas saya ada buat UPT tetapi negatif. Dalam 2 3 hari ini, ketika kencing, terdapat lendir coklat yang keluar ketika kencing sahaja. Semalam ketika saya kencing, terdapat lendir coklat yang keluar seperti gumpalan darah berwarna coklat. Adakah saya sebenarnya hamil dan keguguran?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Darah dalam air kencing yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.