
damisha86
5 tahun
Keluar lendiran bewarna coklat di awal kehamilan
Hi, Doktor
Saya berusia 33 tahun dan hamil anak ke-5. Usia kehamilan 8 minggu…dan 2 hari lepas ada lendiran darah kecoklatan keluar dari faraj tp hanya sedikit2 sehingga ke hari ini…lendiran tidak melekat pada seluar dalam keluar sekali ketika kencing, tetapi apabila d lap menggunakan tisu, boleh di lihat lendiran tersebut…apabila berjumpa doktor di klinik dan di scan, doktor memberitahu bahawa saiz janin tidak sama dengan usia…saiz 6 minggu, usia 8 minggu…dan di nasihatkan untuk dtg kembali selepas 10 hari sekiranya tiada pendarahan berlaku dan segera ke hospital sekiranya keluar pendarahan yg byk…adakah ini petanda awal keguguran? untuk pengetahuan, saya tidak merasa apa2 kesakitan dan ini pengalaman pertama saya dimana ada lendiran d awal kehamilan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lendiran berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Jangkitan kelamin
- Keguguran
Sekiranya perkara ini masih berterusan dan anda mengalami pendarahan berlebihan, sakit pinggang/perut dan demam, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor segera. Selain itu, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai soalan-soalan berkaitan kehamilan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.