
Anonymous
6 tahun
Keluar lendiran coklat
Salam doktor.saya wanita berumur 28 tahun.Saya sering sakit di bahagian tepi pinggang di sebelah kanan kemungkinan akibat tidur dalam posisi mengiring ke sebelah kanan dlm tempoh yg lama.Baru-baru ini saya dapati terdapat lendiran berwarna putih jernih bercampur coklat(coklat tidak terang) ketika saya kencing.untuk makluman doktor,saya pernah mengambil pil perancang selama 2 tahun dan baru sahaja berhenti memakan pil tersebut sebulan.haid saya juga baru habis 3 minggu lepas.Pada pandangan doktor,adakah punca lendiran itu keluar disebabkan oleh sakit pinggang yg saya alami?atau pun lendiran & sakit pinggang tersebut disebabkan masalah rahim?tq doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sebelum menjawab soalan anda, terdapat beberapa maklumat yang perlu kami ketahui. Salah satunya adakah anda sudah berkahwin dan aktif dalam hubungan seksual dengan suami? Kami juga memrlukan maklumat lanjut tentang pengambilan pil perancang anda, maklumat tentang kitaran haid normal dan maklumat - maklumat lain.
Antara punca yang boleh menyebabkan keluarnya cecair tersebut adalah:
- Keputihan biasa yang teroksida
- Kemaluan wanita biasanya mengeluarkan lendir bagi menjaga kelembapan kawasan faraj
- Spotting yang keluar sebagai tanda awal kehamilan
Sekiranya anda turut mengalami masalah demam, faraj berbau, atau sakit ketika kencing, ia mungkin menandakan anda mengalami jangkitan kelamin.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut amat diperlukan. Oleh itu anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.