
Sulit
4 tahun
Keluar mani selepas kencing dan rasa tidak puas kencing
saya belum berkahwin berumur 27 tahun dan mengalami rasa tidak puas untuk kencing dan ketika meneran kencing ada keluar cecair air mani sedikit…apa boleh saya buat doktor…saya risau dengan kesihatan saya ini…apa yang perlu saya lakukan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas, antaranya ialah:
- Diet pemakanan yang tidak sihat
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Masalah prostat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.