Sulit
6 tahun
Keluar nanah di bahagian kemaluan
Saya seorang remaja berumur 25 tahun, dan telah berkahwin. Beberapa hari lepas saya telah melakukan seks bebas dengan seorang wanita yg saya kenai melalui satu apps. Pada satu pagi saya bngun daripada tidur, dan saya dapat keluar cacir pekat (nanah) pada bahagian kemaluan saya. Apakah penyakit yang saya hadapi Dr? Dan adakah ianya boleh dirawat? Harap Dr dapat membantu
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar bernanah ini boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia/trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seksual bersama isteri tanpa perlindungan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































