
Sulit
5 tahun
Keluar nya bnyak darah
Saya wanita berumur 21 tahun , saya telah melakukan hubungan intim bersama pasangan saya sehari sebelum period , pasangan saya pancut dalam dan saya mengambil postinor semasa hari pertama period saya , selang 6 hari lepas mkn postinor saya mengalami keluarnya darah bnyak seperti hari pertama dtg haid dan senggugut. Apakah tanda itu disebabkan effect dari postinor atau kemungkinan lain?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan yang berlebihan yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan pil perancang kecemasan
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin/diclofenac
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.