
Sulit
5 tahun
Keluar partikel kecil berwarna putih saat kencing
sakit perut , sakit bila kencing and kencing berwarna putih susu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Untuk pengetahuan anda, gejala sakit ketika kencing dan kencing berwarna putih susu merupakan ciri klasik bagi masalah jangkitan pada saluran kencing (Urinary Tract Infection). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa sebab lain kepada masalah anda seperti:
- Jangkitan kuman atau bakteria
- Mineral yang mengeras dan membentuk kristal pada air kencing
- Keberadaan lemak pada air kencing
- Sel darah putih pada air kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.