
Sulit
4 tahun
Keluar seketul darah
Sy wanita 20 thn…nk Tanya. sy xthu pregnant atau Tak. tp mlm td kluar seketul darah. td jmpa bidan dia kata rahim sy penuh. mksd dia ape ye. Dan darah keluar skit2… sy BARu seminggu habis period. Dan period bulan 2 Hanya 5 Hari dan sedikit. 1hb hingga 5hb.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Darah yang keluar sedikit berkemungkinan besar merupakan haid yang normal, Ketulan berwarna merah gelap adalah darah yang telah beku. Kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Jika anda mengalami darah berketul, sakit pinggang atau perut anda disarankan untuk mengunjungi doktor berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.