
Sulit
4 tahun
Keluar spotting berwarna coklat ketika hamil 10 wks
Hello doktor… sy telah menjalani usg bbrp kali di 2 klinik berbeza. Doktor yg pertama telah membuat 2x usg. Usg yg pertama ketika hamil 6 minggu baru nmpk kantung tp blm ada embrio. Doktor kata kemungkinan bsr IUGR. Kali ke2 usg slps 2 minggu kemudian doktor ckp missed miscarriage pd kehamilan minggu ke8. Lalu sy pergi ke KKIA pd kehamilan 9.5 wk utk mendapatkan opinion lain trnyata hasil usg jg sama, janin x kelihatan walaupun kantung semakin membesar. Doktor suruh dtg lg slps 2 mgu kemudian utk scan kali ke2, sekiranya keadaan masih sama sy akan diberi ubat utk gugurkan kandungan. Skrg kehamilan sy sdh 10.3 wk dan mengalami spotting berwarna coklat dan spotting tersebut keluar on and off. Blh dikatakan ianya keluar setiap 3 - 4 jam sekali tetapi dlm jumlah sedikit. Sy memakai pad utk memantau byk darah yg keluar, sekiranya keluar dgn byk dan berubah warna sy akan terus ke bhgn kecemasan. Syukur setakat ini pendarahan masih lg sedikit dan warna masih kecoklatan. Persoalan sy adakah sy sedang mengalami keguguran? Perlukah sy menunggu bbrp hari sehingga pendarahan tersebut berhenti dgn sendiri? Adakah bahaya sekiranya sy x bertemu dgn doktor? Sekian terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dengan khabar berita perihal kondisi kandungan anda berdasarkan jalan cerita yang telah disampaikan. Diharapkan puan sekeluarga tetap tabah dan terus bersemangat dalam mengharungi ujian tersebut. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan & suami.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Perdarahan rahim yang tidak teratur, tompokan coklat atau haid merupakan salah satu tanda berkemungkinan tidak lagi berlaku suatu kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- jangkitan kelamin sewaktu kehamilan
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim
- mahupun tanda-tanda proses keguguran tahap awal
Namun, diharapkan puan dan suami tidak terlalu berfikiran negatif kerana informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah disampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan turut mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat atau menunggu temu janji yang akan datang.
Sementara itu, anda disarankan perbanyakkan berehat, kurangkan aktiviti harian melainkan yang mustahak, jangan lupa makan dan minum, sentiasa berfikiran positif namun perlu berpaksikan realiti dan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan kandungan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.