
Sulit
4 tahun
Keluar warna coklat waktu pregnant
sya mengandung daa 10 minggu . semalam keluar darah tapi sedikit lepastu daa tiada .harinieh keluar warna coklat banyak dekat seluar dalam . adakah ia membahayakan sya dan kandungan sya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan pendarahan tersebut berlaku:
- Keguguran
- Kandungan luar rahim
- Masalah dengan sistem pembekuan darah
- Jangkitan salur kencing
- Penyakit karang dalam saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini ke klinik berdekatan yang boleh melakukan pemeriksaan yang lebih teliti dan boleh memberikan kesimpulan terhadap masalah yang anda hadapi dengan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.