Sulit
3 tahun
Keluarga PUI kuarantin di rumah yang sama keluar bekerja
Anak rakan sekerja diarahkan kuarantin 14 hari di rumah kerana terdapat kes positif COVID-19 di sekolah. Bolehkan bapa kepada anak tersebut untuk hadir bekerja dalam tempoh anaknya sedabg kuarantin dirumah? (bapa tersebut tidak bergejala)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, SOP tidak mewajibkan isi rumah yang lain untuk turut kuarantin sekiranya salah seorang merupakan kontak rapat kepada orang yang positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin rumah.
Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini