Sulit
6 tahun
Kemaluan ada benjolan
Kali nie dah masuk kali ketiga kemaluan saya ada benjolan dan sakit berdenyut denyut…ada keluar darah dan nanah
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan yang berdarah dan bernanah yang anda alami boleh disebabkan:
- Sista (cyst) - seperti Bartholian cyst bagi wanita
- Jangkitan ketuat
- Jangkitan herpes genital
- Gigitan serangga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































