
Sulit
4 tahun
Kemaluan anak lelaki 5 tahun mengeluarkan nanah Dan sakit bila nak buang air
Anak saya berumur 5thn.kemaluannya mengeluarkan nanah Dan rasa sakit bila nak buang air kecil… Apakah ubat yg sesuai yg boleh saya beli Di farmasi utk penyakit ini… Adakah ianya serious atau tidak…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang dihadapi oleh anak anda seperti:
- Jangkitan bakteria pada saluran kencing
- Meatitis, keradangan pada lubang kemaluan
- Jangkitan pada kemaluan
- Kecederaan pada saluran kencing
- Jangkitan pada pundi kencing atau buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.