
Anonymous
5 tahun
Kemaluan bengkak , ada ketumbuhan pada penis
saya lelaki , umur saya 18 thn , saya ada melakukan seks oral dgn mulut , selepas beberapa minggu , kemaluan saya bengkak pada penis , seperti ada ketumbuhan di dalamnya dan berasa sakit , sukar untuk berjalan dan memakai seluar,keluar cairan kuning

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkan hal ini.
Gonorea:Penyakit kelamin ini disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Neisseria gonorrhoea dan boleh menjejaskan kedua-dua jantina. Jangkitan boleh berlaku di bahagian kemaluan, dubur, usus dan tekak.
Sifilis: Penyakit ini berpunca daripada satu organisma yang dikenali sebagai ‘spirochete’ Sifilis dan boleh merebak melalui hubungan kelamin secara oral, dubur dan vagina ataupun daripada ibu yang dijangkiti sifilis kepada bayinya semasa kehamilan.
Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Penyebabnya ialah Herpes Simplex Virus (HSV). Kebanyakan pesakit tidak melapokan sebarang simptom.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.