Sulit
6 tahun
Kemaluan bengkak/membesar
Saya lelaki 20 an dan berbadan sihat pelik keadaan kote saya yang membesar di tempat putih/ tempat sunat.nak tanya itu normal atau apa sebab saya tidak berasa sakit atau apa2
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala bengkak pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Alahan - pada kain atau kondom
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen sclerosis
- Kecederaan pada zakar - seperti kesan zip atau pergeseran
- Jangkitan kulit seperti kulat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































