
Sulit
4 tahun
Kemaluan berair dan berbau darah dan keputihan
saya wanita berusia 23 tahun mengalami kemaluan berair dan berdarah serta keputihan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Bendasing ( foreign body ) yang kurang bersih
- Penyakit kelamin (sexually transmitted diseases)
- Radang kulit
- Bacterial vaginosis
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ia mendatangkan gejala dan menyebabkan ketidakselesaan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.