Sulit
6 tahun
Kemaluan berasa gatal dan pedih
Saya pelajar wanita yang berumur 16 tahun untuk tahun hadapan. Sejak saya tingkatan 2 lagi , saya akan kerap gatal yang betul2 d bahagian bawah tengah. So , baru baru ni tempat tersebut gatal lagi , dan saya pun menekannya agar tidak terlalu gatal , tetapi tempat tersebut masi gatal. Jadii lepastu , saya pun siram tempat tersebut dengan air hos yang kuat supaya gatal berkurangan. Tetapi sekrng , suda 2 hari bawah saya berasaaa sakit dan membuatkan saya untuk sukar tidur , sukar duduk , sukar berjalan kerana terlalu pedih@sakit. Saya harap , doktor bole bantu saya.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































