
Sulit
3 tahun
Kemaluan gatal dan haid tidak teratur
Assalamualaikum, sy megalami gatal2 di bahagia kemaluan sejak sebulan lalu. Pada awal2 nmpak kulit bengkak sebab garu tp dh ok sekarang cuma rasa gatal tu masih ada. Masa sy gatal sy datang haid dan akhirnya haid sy dh lebih 15 hari warna kuning masih ada. Bau pada pad pun macam bukan bau darah haid biasa ,macam bau tengik pun ada. Sy tak pasti kemaluan gatal ada kaitan atau tak dgn darah haid sy yg tidak teratur

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kegatalan pada kemaluan, haid tidak teratur dan haid warna kuning serta bau tengik boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya jangkitan (penyakit kelamin) virus, kuman, kulat dan lain. Penyakit kelamin tidak semestinya dijangkiti melalui hubungan dengan pasangan, kebersihan yang kurang memuaskan juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
Selain itu, gejala anda juga boleh disebab oleh alahan pada pakaian, sabun atau bahan lain, penyakit radang pelvis, kecederaan, sista dan selainnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.