
fuzadila935
6 tahun
Kemaluan gatal2 timbul seperti jerawat selepas period bulan lepas
Dr,. Sy berusia 30thn, dah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata… Period sy berjalan dengan lancar tidak pernah ada masalah. Bulan lepas buat pertama kali nya saya membuat penukaran pek wanita. Awal pek yang saya gunakan dah terasa gatal tapi saya berfikir mungkin sebab darah banyak sangat dan kadang2 saya terlewat sedikit untuk ganti. Oleh sebab saya dah terbeli pek dengan kuantiti yang banyak maka saya terus gunakan hingga habis period… Pada hari ke 5 saya terasa sangat gatal dan hanya mencuci dengan air suam apabila saya membuang air kecil dan besar lama kelamaan ia membuat kan saya seperti di bahagian itu tumbuh jerawat dan seperti luka. Saya tidak selesa doktor, ada tak ubat or krim yang di jual di farmasi untuk di gunakan bagi membasuh or sapu di kawasan berjerawat itu… Itu sahaja… Selama ni saya pakai jenama yang sekian lama saya pakai takde timbul masalah ini tetapi selepas menggunakan jenama lain jadi gatal2. Saya dah 5 bulan tak pernah bersama suami di sebab kan kami tinggal PJJ…itu sahaja soalan nya

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Masalah bahagian kemaluan gatal biasanya boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
- alergi terhadap bahan dari pakaian dalam atau pad
Biasanya masalah ini boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus. Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.