
qarriz.ramli
5 tahun
Kemaluan keluar cecair putih
Saya lelaki berumur 18 tahun…2 hari lepas rasa sakit di bahagian kemaluan pagi tadi saya check ada cecair warna putih keluar …bila nak kencing pun rasa sakit …puncanya apa ye

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair putih yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Nanah dari jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin seperti klamidia/gonorrhoea
- Air mazi/mani
- Kencing tidak terkawal
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.