
Sulit
4 tahun
Kemaluan kembang ketika demam
Asslm dan slm sejahtera… Sy lelaki 29 tahun. Adakah normal kemaluan kembang ketika demam… Bukan di kepala zakar tapi di bahagian tepi zakar… Dia kembang saja tidak sakit… Sbb sebelum neh demam tak perasan pula… Tapi hari neh je bru perasan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami faham anda bimbang dengan masalah alat kelamin anda kembang sewaktu anda demam. Berdasarkan keterangan anda juga, alat kelamin anda tidak sakit atau terdapat pengeluaran cecair. Anda tidak perlu khuatir jika sewaktu anda demam hanya alat sulit anda bertambah saiz. Hal ini boleh disebabkan pengaliran darah yang lebih ke alat sulit anda. Anda diminta untuk berjumpa ke doktor jika anda berasa sakit untuk kencing atau ada apa-apa benda yang sangat merunsingkan anda.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah