
Anonymous
5 tahun
Kemaluan lelaki berdarah
assalamualaikum… sya rasa malu… tapi sya jujur… kerana takut benda tak elok berlaku… sebenarnya… saya tengah mengurut kemaluan sya sehingga keluarnya air mani berdarah… ini kali pertama jadi pada sya… boleh terangkan apa yg terjadi… ADAKAH PENYAKIT INI SERIOUS… DAN DAPAT MEMBAWA PADAH PADA SAYA

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Darah dalam air mani boleh datang dari beberapa sumber yang berlainan:
- Radang pada pundi atau saluran kencing
- Radang pada bahagian prostate atau kantung zakar
- Jangkitan pada bahagian yang dinyatakan di atas
- Trauma atau kecederaan pada bahagian pundi, saluran kencing, prostate atau kantung zakar dan juga pada mana-mana bahagian di kawasan pelvik
Dari kenyataan anda di atas, anda digalakkan untuk merujuk kepada doktor agar punca kepada masalah anda dapat dikenal pasti. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima Kasih