
Sulit
5 tahun
Kemaluan luka selepas buat hubungan intim
Saya wanita 20’ nk bertanya ada tk ubat untuk luka pada kemaluan. Kemaluan sy luka pada kawasan lubang kencing. Ia tidak sakit. Tetapi darah terus menerus keluar. Luka itu akibat geseran dripd selepas lakukan hubungan intim. Dh ia agak bengkak sedikit. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. kami memahami kebimbangan anda menegenai masalah yang dihadapi.
Saya dapati puan mengalami luka pada kemaluan. Lazimnya luka ini boleh sembuh dengan sendirinya jika ianya hanya luka kecil. Namun, sekiranya luka ini besar dan sentiasa berdarah, adalah sangat digalakkan untuk puan pergi mendapatkan rawatan di hospital. Hal ini kerana keadaan semasa luka tersebut haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Untuk makluman puan, luka ini terjadi kerana faraj yang kering. Cara untuk mengelakkan luka adalah menggunakan pelincir yang mecukupi sebelum bersetubuh atau melakukannya dengan tidak terlalu kasar.
Berikut merupakan jawapan umun untuk soalan anada. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.