Sulit
3 tahun
Kemaluan mengeluarkan warna coklat selepas dah habis period
Hi saya wanita berumur 20 dan saya period pada 12.6 tapi sampai sekarang kemuan saya masih mengeluarkan warna coklat and malam tadi ada darah keluar sikit. Masalah apa ni ya? Adakah itu darah period?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda berkemungkinan mengalami masalah spotting. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.