Sulit
6 tahun
Kemaluan saya mgalami luka dan bernanah .. adakah itu berbahaya
Saya wanita 22 tahun … dan saya mgalami luka dan sakit serta pedih pada bahagian kemaluan saya … serta bernanah … pergerakan saya sgt terhad
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemaluan luka dan nanah yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit herpes genital
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit sifilis
- JAngkitan kulat/kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































