
Sulit
4 tahun
Kemaluan saya susah naik/tidak naik lepas bangun tidur
Hi, saya ingin bertanya kemaluan saya tak naik walaupun selepas bangun tidur hari ini. Saya hari ni ada mengambil ubat batuk dan selepas bangun, rasa seperti khayal dan pening. Ubat batul tersebut saya ambil dalam dos yang ditetapkan. Adakah saya dikategorikan sudah mati pucuk atau disebabkan kesan ubat tersebut? Perkara ini merisaukan saya. Di mana saya boleh membuat pemeriksaan dan bolehkan saya mendapatkan ubat di farmasi untuk masalah saya ini? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala mati pucuk ini boleh disebabkan beberapa perkara dan punca kepada masalah ini perlu ditangani dahulu sebelum penggunaan ubat-ubatan. Antara punca-punca kepada gejala mati pucuk ini adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu, penyakit jantung, diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan darah tinggi
- Masalah kalenjar tiroid/pituitari
- Masalah saraf atau cakera tulang belakang
- Kesan pembedahan pelvis seperti pembedahan hernia
Untuk mengurangkan atau mengatasi masalah ini, beberapa kaedah boleh diambil seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Penggunaan ubat-ubatan - ubat bagi mati memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.