
Sulit
5 tahun
Kembali subur selepas mengambil suntikan depo
Saya ingin bertanya…saya mengambil suntikan depo.pada 2 hb 9 sy tidak datang untuk mengambil suntikan…sy tnya adakah dlm bln September sy sudah kembali subur?tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, suntikan perancang kehamilan pada amnya berfungsi untuk mencegah kehamilan dan kedatangan haid selama 3 bulan. Secara teori, status haid anda akan kembali kepada normal pada 3 bulan seterusnya selepas pengambilan suntikan perancang). Namun dalam sesetengah kes, kitaran haid tidak akan menentu selama 3-6 bulan selepas tamat tempoh suntikan haid.
Oleh itu, sekiranya masalah ini terjadi dan berlanjutan, maka anda perlulah merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.