Sulit
6 tahun
Kembung Perut Disebelah Kiri Dan Ditengah dada
Salam Doc…Saya seorang lelaki berumur 41thn saya selalu mengalami rasa tidak selesa dan kembung di bahagian kiri dan ditengah perut…Ada kala juga rasa tidak selesa dan angin itu rasa seperti naik sehinga ke bahagian dada kiri dan tekak… Sering juga rasa sakit kepala…Ia terjadi biasanya tk mengira masa dan ia amat mengangu apabila saya melakukan kerja-kerja harian… Lebih setahun dahulu saya juga pernah buat Scope,M.R.I Dan CTscan di salah sebuah hospital swasta… tapi tiada apa2 yang serius ditemukan… tetapi rasa tak selesa dan kembung tak juga hilang… Jadi dari pandangan Doc apakah puncanya? TQ DOC…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Usus tidak selesa (Irritable bowel syndrome)
- Alahan pada makanan/ Sensitif (Lactose intolerance atau sebagainya)
- Barah usus (jarang-jarang; gejala lain seperti cirit-birit atau sembelit, hilang berat badan, kurang darah merah)
Sakit kepala yang anda hadapi mungkin berkaitan atau masalah yang berbeza. Kebiasaan sakit kepala disebabkan perkara berikut:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























