Anonymous
6 tahun
Kembung perut sebelah kanan
saya berumur 25thun…bulan 11/18 sy sakit perut… doc bedah buang appendix dan mekel’s diverticuler… skg sy masih rasa sakit dan kembung kat dalam tu… adakah bahaya… sy scan xdak apa… cuma sekrg suka sembelit…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan kembung perut sebelah kanan anda boleh disebabkan:
- Nanah dari jangkitan selepas pembedahan
- “Adhesion” - usus anda saling melekat
- Angin pasang - atau hernia akibat pembedahan
- Pendarahan dalaman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























