
aishahhumaira87
6 tahun
Kembung perut sembelit/pinggang/ punggung
Saya berumur 32 tahun sudah berkahwin belum mempunyai anak namun pernah keguguran.
Saya sakit pinggang/punggung setiap hari, perut kembung setiap hari, sembelit dah bertahun, tumit kaki/kaki/peha sakit / badan selalu rasa penat /sukar tidur… Apa yang harus saya lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mempunyai simptom-simtom yang menyebabkan tubuh anda tidak selesa. Namun begitu, simptom-simptom yang anda nyatakan ini adalah tidak spesifik, maka agak sukar untuk membuat kesimpulan tentangnya.
Kesakitan pada pinggang/punggung anda boleh disebabkan oleh masalah pada tulang, otot atau saraf serta organ pada sekitarnya. Kesakitan pada tumit, kaki, peha, badan juga boleh berkaitan dengan pinggang anda. Masalah sakit perut anda pula boleh berkaitan dengan pemakanan atau masalah pada organ yang menyebabkan anda kembung dan sembelit.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda ini, maklumat lanjut perlu kami perolehi sebelum membuat kesimpulan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi memberikan maklumat lanjut dan mendapatkan nasihat tentang masalah ini. Terima kasih.