
Sulit
5 tahun
Kembung perut & sukar buang air besar
Saya nabila berusia 22thn. Saya mempunyai masalah sukar untuk buang air besar. Seminggu dlm 2@3 kali sahaja buang. Sejak akhir2 ni perut saya pulak buat hal jadi kembung. Dan saya rasa macam bdan ni tlmpau bnyak angin. Pedih ulu hati, cepat marah, cepat stress, dan kerap jgk berdarah semasa buang air besar. Dah bermacam ubat sy dapat dri klinik. Tapi tidak berhasil. Sekarang sya mula risau sebab dah lama tak buang air besar takut jadi apa2 dkat usus ke perut ke…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang sukar buang air besar atau dalam kata lain sembelit. Masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kurang minum air
- Kurang makan serat
- Sering menahan dari membuang air besar
- Stress
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti suplemen zat besi
- Masalah hypotiroid
- Masalah struktur usus besar seperti masalah saraf atau kanser kolon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera memandangkan anda juga mengalami gejala najis berdarah. Terangkan kepada doktor bahawa anda telah mendapat rawatan sebelum ini namun tidak sembuh. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.