
Sulit
5 tahun
Kembung semasa hamil
adakah normal jika terlalu kerap kembung semasa hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, perut kembung juga disebut sebagai “bloating”, iaitu gejala perut yang dirasakan penuh dengan angin. Masalah kembung perut biasanya adalah berpunca daripada angin atau air memenuhi perut. Masalah ini biasa berlaku ketika wanita mengandung.
Antara perkara yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan masalah ini adala:
Banyakkan minum air
Lebihkan makanan berserat
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi keran serta mengunyah dengan perlahan-lahan
Kurangkan makanan berminyak dan manis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.