
Sulit
3 tahun
Kemungkinan berjangkit covid
saya wanita berumur 50 tahun disah kan positif covid pada 7/8/21 selepas mengalami sakit tekak dan demam selama 2 hari sebelum itu. ct value saya adalah 13. saya tinggal bersama mak yang terlantar sakit strok selama 15 tahun ,anak saudara perempuan yang mengandung lebih kurang 2 bulan serta suami beliau dan 4 anak perempuan.
berapa kerap perlu lakukan self test terutama kepada mak saya. 8/8/21 kali kedua self test mak saya negatif. dalam masa yang sama kkm beri arahan kepada saya untuk ke cac atau hospital. soalan saya berapa peratus kemungkinan mak dan keluarga dirumah tidak dijangkiti. saya kuarantin dibilik sendiri keluar masuk kerana tandas diluar. namun kami tidak berkongsi tandas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda serta ahli keluarga anda mengikuti SOP, memakai mask, rajin basuh tangan, jaga kebersihan masing-masing dan jarakkan diri sama lain, anda dapat elakkan menjangkiti mereka.
Walaupun begitu, mereka dikehendaki kemas kini status mereka dalam app MySejaterah atau menghubungi jabatan berkaitan KKM serta kuarantin sendiri selama 2 minggu. Menjalani ujian covid sekali lagi selepas jangka kuarantin supaya status mereka dapat dikenal pasti.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini