
yayanurdaya08
5 tahun
Kemungkinan Hamil selepas 2 minggu keguguran
Saya wanita berusia 23 tahun . Saya baru 2 minggu setelah keguguran anak pertama saya … saya telah bersama dengan suami saya , adakah kemungkinan untuk saya hamil semula ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk pengetahuan puan secara amnya, kesuburan akan kembali selepas 2 minggu gugur. Oleh itu, kemungkinan untuk anda hamil itu ada. Namun setiap individu mungkin mempunyai tempoh yang berbeza.
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.