
Sulit
5 tahun
Kemungkinan sy hamil
hi doc,kami telah bersama pada 16 mar …dan dia tidak perasan terpancut dalam …dan sy telah ambik ubt postinor sebanyak 6 biji …sepatut nyer 21 mar ,sy sudah dtg period …adakah ni menunjuk kan yg sy telah hamil ??adakah ubat postinor tidak sesuai dgn sy ??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
- Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan sahaja. Postinor-2 tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
- Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang tidak diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
- Antara kesan sampingan pil tersebut ialah mual/loya, muntah dan mengubah kitaran haid. Haid lewat anda mungkin disebabkan kesan sampingan pil tersebut.
Untuk makluman anda, pil tersebut hanya perlu diambil sebanyak 2 biji. Saya amat musykil mengapa anda mengambil pil tersebut sebanyak 6 biji melebihi dos yang ditetapkan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih