
Sulit
4 tahun
Kemungkinan untuk hamil walaupun sudah period
Saya ada bersama pada 8/3/2021 dan pasangan saya period pada 14/4/2021 dh tamat pada 28/4/2021.Ada kemungkinan untuk dia hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehamilan berlaku apabila sperma lelaki memasuki ke dalam sistem peranakan wanita dan menemui sel telur wanita di tiub falopian. Sekiranya datang period, ia bermaksud tidak hamil. Kehamilan akan mengubah tahap hormon anda supaya tidak datang haid.
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih