
Sulit
5 tahun
Kemurungan atau masalah mental?
Salam… Sy ingin bertanya tentang masalah berkaitan kemurungan…perkara ini terjadi beberapa tahun selepas kematian ayah saya. Ibu saya sering bercakap hal yg sama dan kdg2, menjerit dan marah2 seperti org yg hilang kesedaran.ibu sy juga seperti berfikir yg barang2 yg ada dirumah sering dicuri, sehinggakan semua barang yg ad diletakkan dalam bilik bersama beliau dan dikunci… Mungkinkah disebabkan masalah mental?mohon pencerahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemurungan adalah salah satu jenis masalah psikiatri. Merujuk kepada kes ibu anda, pada kebanyakan warga berusia terdapat kondisi yang dikenali sebagai Dementia yaitu penurunan kebolehan untuk berfikir, mengingat (memori) dan menganalisa (reasoning) sesuatu. Dementia boleh terjadi akibat pelbagai perkara seperti:
- Alzheimer yang juga dikenali dalam bahasa awam sebagai nyanyuk
- Penyakit vaskular seperti stroke
- Akibatan ubatan
- Terkait penyakit Parkinson
- Lewy bodies dementia yaitu apabila terdapat deposit protein yang tumbuh di saraf otak
- Frontotemporal dementia
Sebaiknya anda merujuk doktor tentang kondisi ibu anda, hal ini kerana sebahagian penyebab dementia adalah reversible, maka boleh sembuh dengan ubat. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa sebahagian yang lain penyebab dementia adalah bersifat irreversible dan progresif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.