Sulit

5 tahun

Kemurungan berpanjangan, mudah terasa even small matters, cepat marah, sembelit, mood swings, letih, period tak teratur, pening kepala, susah nak tidur

Saya berumur 19 thn… Kejadian nih berlaku sebelum n semasa saya period tapi even period habis pun masih mcm tuh sehinggakan sebulan or sebln lebih saya menyendiri n x bercakap dgn family… rasa hopeless sngt2 sampaikan kadang2 menangis rasa x de org syg dah n rasa nk lari dari rumah n nk marah sampai nk baling barang, rasa annoyed sngt2 bila dngr org cakap, mlm2 benda yg dah lama terasa pun jadi ungkit balik sampaikan terbawa2 dlm mimpi, x de mood nk buat aktiviti yg suka duk main phone jer, tapi x rasa lgi nk bunuh diri tuh sbb fikirkn dosa… dah 2 kali benda nih berlaku kpd saya… sejak tuh saya mengalami sembelit yg sngt kuat sampaikan setiap kali nk bab kena mkn ubat lawas… kadang2 seminggu atau lebih x rasa2 lgi nk bab tuh… nk cakap pms tapi rasa mcm teruk sngt dah diri nih… sejak dari akil baligh lgi period saya x teratur, sering istihadhah… saya runsing sbb takut mengganggu pelajaran saya… kali kedua benda nih jdi kat saya berat bdn saya mula turun dari 51 lebih kpd 48 lebih… benda nih sngt2 mengganggu kehidupan saya sbb hubungan dgn family saya terus renggang… kadang2 rasa jer nk kluar ayat2 yg x baik dari mulut nih masa marah tapi saya takut saya regret n rasa bersalah nanti… doktar, pakar apa yg perlu saya jumpa?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.

Kami memahami masalah kemurungan dan gangguan emosi yang berlaku terhadap anda.

Menurut situasi anda, gangguan emosi dan depresi boleh disebabkan oleh faktor pesekitaran anda yang menyumbang terhadap tekanan yang dialami. Namun, ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor hormon wanita yang bergelora dalam badan terutamany ketika kedatangan haid. Oleh itu, kedua-dua faktor ini boleh menjelaskan mengenai kemurungan yang anda alami sejak kebelakangan ini dan juga secara songsangnya, akan menyebabkan kesihatan umum anda terjejas.

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.**
**

Oleh itu, kami sarankan anda mengambil langkah-langkah yang berikut bagi menangani masalah ini iaitu:

  • Meluangkan masa dengan orang yang memahami. Amalkan pergaulan yang sihat dan positif serta meluahkan perasaan dengan beberapa orang yang sesuai.
  • Amalkan senaman yang seimbang bagi meningkatkan keyakinan diri.
  • Amalkan pemakanan yang sihat bagi mengelakkan daripada kemurungan anda menjejaskan kesihatan umum anda.
  • Cukupkan waktu tidur dan rehat. Rehat yang mencukupi dapat memberikan kesegaran terhadap minda anda serta menjadi berfikiran lebih positif.
  • Memulakan hobi baru bagi menghindari pekara yang negatif, serta mengalihkan perhatian anda terhadap emosi-emosi yang terganggu dan tidak menyenangkan.
  • Dapatkan nasihat kaunseling dari pihak kaunseling yang tertentu bagi membantu anda untuk menangani gejala stres anda.
  • Perlahan-lahan untuk meluahkan perasaan ini terhadap keluarga anda, kerana mereka lagi akan memahami atas situasi anda. Jika mereka memberi tindakbalas yang negatif, sila menghubungi talian pihak kecemasan yang tertentu.
  • Lakukan cara-cara untuk memperbetulkan aliran hormon dalam badan yang mungkin menggangu kitaran haid anda secara langsung, seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman yang seimbang, berat badan seimbang, serta mendapatkan rehat yang secukupnya.

Jika perkara-perkara ini tidak dapat membantu anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan pakar psikologi yang berkenaan bagi mendapatkan pendapat mereka mengenai situasi ini dan mendapatkan rawatan atau terapi yang diperlukan. Masalah penurunan badan dan sembelit boleh dipuncai oleh gejala stres yang anda hadapi kerana stres merupakan salah satu risiko terhadap penyakit usus dan penghadaman, serta pelbagai jenis penyakit lain. Oleh itu, kami sarankan anda untuk sentiasa bersemangat, percaya kepada Maha Esa, dan kekalkan keyakinan anda kerana anda begitu berharga bagi orang sekeliling yang tersayang.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Sekiranya anda mengalami kecederungan untuk mencederakan orang sekeliling atau diri anda sendiri, anda boleh klik pada laman web ini atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145.

causes-of-dizziness-after-bariatric-surgery

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)