
Sulit
4 tahun
Kemurungan berpanjangannnn
Assalamualaikum doc , saya student berumur 18 tahun . Saya sering merasa sedih yang melampau sehingga mengganggu aktiviti harian saya . Saya hilang minat dan putus asa . Mudah menangis dan sebagainya . Tapi bila rasa sedih tu hilang , saya akan happy yang melampau . Dan benda tu berulang . Adakah ini normal ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini.* Untuk makluman anda. gejala sedih melampau, mudah menangis, hilang minat kepada sesuatu atau beberapa perkara dan berputus asa sememangnya merupakan antara gejala depresi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri kepada situasi
- gangguan bipolar fasa depresi
- dll.
Umumnya, perasaan yang berubah-rubah adalah normal dan lumrah bagi setiap individu, sekiranya ia tidak mendatangkan apa-apa kemudharatan pada diri dan warga sekeliling. Justeru buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi dan peningkatan kepercayaan diri.
Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mengetahui apakah anda memerlukan kaunseling ataupun sebaliknya. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.