Sulit
4 tahun
Kemurungan,marah yang berlebihan pada hal kecil,sakit badan yang teramat,
Saya lelaki berumur 27tahun,saya rasa saya kemurungan,saya selalu marah hal kecil,termasuk mak,anak dan isteri,saya tengok simpton di kkm portal tanda kemurungan semua saya ada,adakah saya di kira mengalami kemurungan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda risau mengenai anda mengalami kemurungan dan suikar untuk mengawal kemarahan anda. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, untuk memberikan diagnosis kemurungan ataupun masalah kesihatan mental yang lain tidaklah semudah itu dan ia memerlukan pemeriksaan lanjut dan penilaian oleh doktor pakar terlebih dahulu.
Antara punca lazim yang menyebabkan seseorang mempunyai masalah kesukaran untuk mengawal marah adalah:
- Kekurangan rehat
- Tekanan di rumah, tempat kerja atau persekitaran
- Kemurungan (depression)
- Penyakit bipolar
- Kecelaruan personaliti (personality disorders)
Sekiranya anda memerlukan sokongan emosi ataupun moral, anda boleh meluahkan perasaan anda kepada isteri anda ataupun menghubungi pihak Befrienders di https://www.befrienders.org.my/ ataupun talian mereka, 03-76272929.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.



























