
djanrt57
5 tahun
Kemurungan tak payah rawat tak? Dia boleh hilang sendiri ke?
Saya perempuan berusia 22 dan mengalami kemurunngan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kemurungan memerlukan diagnosis dari doktor pakar kerana terdapat beberapa kondisi yang hampir serupa seperti kemurungan. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti tiada mood, tiada semangat terhadap semua perkara, kurang bertenaga, masalah tidur serta masalah makan dan berat, anda boleh menghubungi mana-mana doktor termasuk di talian kami untuk bercakap mengenainya. Anda tidak perlu risau akan privasi kerana ianya akan dijaga rapi antara anda dan doktor anda. Anda boleh klik di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan salah satu doktor kami (talian tiada antara pukul 12 malam hingga 9 pagi). Sekian.