
Sulit
4 tahun
Kemusykilan dan tindakan lanjut untuk covid test
Hi doktor, saya bru sahaj demam, selsema , dah hari ketiga demam saya hilang deria rasa dan juga deria bau. Saya dh pergi ke klinik tp doctor tak timbulkan issue covid. Macam mana saya nam buat covid test di klinik kesihatan? Memandangkan klinik swasta kebanyakannya kehabisan stok kit test. Dan perlu ke saya kembali bekerja?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda boleh berkunjung ke mana-mana klinik ataupun hospital yang menyediakan ujian saringan (Hospital untuk COVID-19). Sebarang rujukan untuk proses pemeriksaan boleh dilakukan di mana-mana klinik mahupun hospital
Kami juga menyediakan ujian saringan jika anda memerlukan. Anda boleh klik pada link in ujian saringan COVID-19.
Anda digalakkan juga untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya sarankan anda untuk memaklumkan dahulu kepada majikan atau pejabat anda bahawa anda perlu melakukan ujian saringan kerana disyaki menghidapi COVID-19.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini